Photobucket

Friday, August 21, 2009

Ahlan wasahlan ya marhaban ya Ramadan


Assalamualaikum kepada pembaca-pembaca blog sekalian, saya ingin mengucapkan selamat menjalani ibadat puasa di bulan Ramadan yang didalamnya penuh keberkatan dan kemuliaan.Segala pintu-pintu Syurga dibuka, dan segala pintu-pintu Neraka dikunci dan syaitan-syaitan dibelenggu.
Kehadiran bulan Ramadan merupakan satu rahmat daripada Allah.Ia merupakan bulan di mana Allah melimpahkan pelbagai ganjaran pahala kepada hamba-hambaNYA. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya golongan yang benar-benar beriman dan bertakwa sentiasa menantikan kehadiran bulan Rmadan ini seraya menyambut kedatangannya dengan penuh kegembiraan dan menanggung perasaan yang amat sedih apabila berakhirnya bulan yang penuh berkat ini.
Bulan Ramadan telah dimuliakan Allah dengan pelbagai keistimewaan berbanding bulan-bulan yang lain. Antara keistimewaan tersebut adalah;
1. Disyariatkan ibadah puasa

2.Bulan diturunkan al-Quran

3.Pintu Syurga Terbuka luas

4.Pintu rahmat terbuka luas

5.Pintu langit terbuka luas

6.Pintu-pintu neraka tertutup rapat

7.Syaitan dan jin dirantai

8.Terdapat Lailatul Qadar

Sama-sama lah kita merebut ganjaran yang telah disediakan oleh Allah S.W.T pada bulan Ramadan ini..
.

Thursday, August 13, 2009

BunGa CinTa Ilahi

Sekuntum bunga cinta,
adalah kurniaan Ilahi,
menjadi fitrah setiap insani,
harum segar kasturi.

Cinta itu indah,
membelah sungai impian,
tak terucap jernih bicara
terlekat di jala perkasihan.

Lantas kusimpul ikatan,
ke dasar sanubari,
jadi semanis kenangan,
menuju ke puncak abadi.

Aku tidak lupa,
menilai erti cinta
sesama manusia,
namun cintaku yang utama,
adalah buat Tuhan yang Esa

Tuesday, August 11, 2009

Kurang paham dengan sikap manusia

Assalamualaikum kpd para pembaca sekalian..dalam dunia ini ada bermacam jenis ragam manusia.Ada yang suka marah,ada yang lemah lembut,ada yang pendiam dan sebagainya.Tetapi sudah menjadi lumrah manusia tidak sukakan kepada keburukan untuk diri mereka. Dalam hidup ini, kita biasanya pernah dimarahi atau disakiti oleh seseorang secara sengaja atau tidak sengaja. Ana kurang mengerti kenapa ada sesetengah individu yang suka menunjukkan sifat yang kurang baik seperti panas baran, pemarah, dan suka berkata-kata perkara yang sia-sia padahal mereka tahu bahawa perbuatan itu tidak baik.Mereka bukannya tiada didikan agama.Sekurang-kurangnya mereka boleh menilai yang mana baik dan buruk. Kalaulah sebelum kita ingin melepaskan kemarahan atau geram terhadap orang lain, kita berfikir akibat dari tindakan kita itu. Tentunya akan menyakitkan ati orang yang kita marah dan akhirnya akan mengakibatkan orang itu berdendam terhadap kita. Ingatlah kepada mereka-mereka yang berkenaan, terutama kepada wanita yang diciptakan sebagai perlengkap kepada kaum Adam.Lelaki lebih cenderung kepada wanita yang solehah dan lemah lembut, dan bukannya kepada wanita yang suka bercakap kasar dan juga wanita yang mencarut tidak tentu arah.Itu tidak mencerminkan sifat solehah itu bahkan mencemarkan lagi maruah wanita itu. Insaflah..tiada seorang pn antara manusia di dunia ini yang dapat menjanjikan bahawa dia akan hidup pada esok hari.Selagi ada masa, hendaklah kita bertaubat dan beristighfar sebanyaknya kepada Allah, semoga kita akan dimasukkan di antara orang-orang yang dijanjikan syurgaNYA..wassalam

Monday, August 10, 2009

Selamat datang ke majlis pembukaan blog dzulhusni


Assalamualaikum kepada para pengunjung sekalian.
Alhamdullilah,bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izinNYA,maka diberikan kekuatan untuk ana menerbitkan blog ini sebagai satu wadah untuk berkongsi pandangan dan bertukar-tukar buah fikiran untuk kita saling sama-sama menuju ke jalan kebenaran dan berpesan-pesan kepada kebaikan.Semoga dengan kehadiran blog saya ini,dapatlah saya melahirkan sedikit pandangan terhadap sesuatu permasalahan dan perkara yang berkepentingan individu dan umum.